Friday 15 December 2017

Wednesday 21 June 2017

8 AMALAN MULIA INI DI HARI RAYA AIDILFITRI



Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin Dari kami

  • Mandi sunat hari raya sebelum mengerjakan solat hari raya. Mandi yang disunahkan oleh Rasulullah S.A.W adalah pada hari Jumaat, hari Arafah, Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.
 
  • Memakai pakaian baru. Memakai baju baru itu mestilah dengan penuh penghayatan bukan sekadar ingin menunjuk-nunjuk baju baru, cantik dan sedondon. Lakukan dengan penuh kesedaran betapa banyaknya nikmat yang Allah kurniakan kepada kita pada hari mulia itu.
 
  • Makan dulu sebelum pergi solat sunat Hari Raya.
 
  • Memperbanyakkan takbir.
 
  • Saling bermaaf-maafan. Jangan ada rasa dan ego untuk meminta maaf dan hanya mengharapkan orang lain sahaja yang meminta maaf dengan kita. Begitu juga janganlah keras hati atau sombong untuk memberikan kemaafan kepada mereka yang yang memohon. Setiap orang pasti ada melakukan kesilapan dalam hidup termasuk diri kita sendiri.
 
  • Mengucapkan selamat dan mendoakan kebaikan antara satu sama lain.
 
  • Memakai pakaian terbaik yang dimiliki. Walaupun demikian, perlulah mengikut kemampuan dan tiada pembaziran dibenarkan. Tidak dibenarkan untuk menghina pakaian orang lain yang kurang indah dan mahal. (kecuali pakaian seksi dan tidak menutup aurat memang di haramkan di dalam Islam)
 
  • Berziarah dan merapatkan hubungan baik (ukhuwah) sesama Muslim. Seperti mengikut apa yang telah Rasulullah S.A.W pernah bersabda, barang siapa yang suka untuk diperluaskan baginya rezekinya, dan ditangguhkan (dipanjangkan) umurnya, maka hendaklah dia menyambung (mengukuh) hubungan persaudaraannya. (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim) 

Wednesday 14 June 2017

JELAJAH BUKIT PELINDUNG 16 RAMADHAN

Pada 11 Jun 2017 yang lepas, Biro Sukan telah menganjurkan pendakian Bukit Pelindung di Bulan Ramadhan. Ramadhan bukan penghalang bagi melakukan aktiviti lasak, sangat menguji minda dan fizikal kita. Tahniah diucapkan kepada ahli yang berjaya sampai.




 




Wednesday 5 April 2017

SAMBUTAN HARI LAHIR





Pada 31 Mac 2017 yang lalu KESKAP telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Lahir ahli KESKAP bagi bulan kelahiran ahli pada Januari, Februari dan Mac.

Majlis berlangsung dengan meriah












Semoga ahli yang diraikan dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan diberkati kehidupannya.


Wednesday 29 March 2017

KESAN STRES TERHADAP DAYA KERJA




Image result for stress control

PELBAGAI kejadian dan tragedi yang melibatkan tekanan atau stres dan kemurungan teruk sebenarnya boleh dielak dan diatasi, jika orang ramai mengambil berat mengenainya. Malah, ia boleh menjadi penyakit yang serius andai tidak diurus dan dikawal dengan baik.
Walaupun stres dikategorikan penyakit yang serius tetapi sayangnya ia tidak diambil berat.
Ini mungkin kerana masyarakat beranggapan bahawa stres hanya memberikan kesan seketika tanpa menyedari bahawa stres juga boleh menjejaskan seluruh badan dan minda.

"Ia boleh menjejaskan tingkah laku, fikiran, emosi, perhubungan dengan orang lain di pejabat dan rumah," ujar Pakar Perunding Psikiatri Hospital Gleneagles Kuala Lumpur, Dr. Nor Hamidah Mohd. Salleh ketika menyampaikan ceramah dalam Bengkel Stres Kehidupan anjuran Hospital Gleneagles.

Dr. Nor Hamidah memberitahu, wanita mempunyai risiko yang lebih tinggi mengalami stres dan kemurungan berbanding lelaki. Tidak ada sebab tertentu yang mengatakan punca mengapa wanita lebih berisiko tinggi berbanding lelaki.

Bagaimanapun, ia mungkin kerana wanita lebih mudah meluahkan perasaan dan dengan cara begini mereka cepat mendapatkan rawatan.
Lelaki biasanya tidak mudah meluahkan perasaan dan ini mungkin kerana anak lelaki dididik supaya menjadi 'lelaki sejati', iaitu tidak boleh menangis dan sebagainya.
Ujar Dr. Nor Hamidah, masyarakat juga perlu prihatin dan sedar betapa stres dan kemurungan yang tidak dirawat dengan baik boleh memberi kesan kepada produktiviti kerja.

Ramai wanita stres?

Menurut Dr. Nor Hamidah, dalam satu kajian yang pernah dijalankan oleh Universiti Arizona terhadap 166 pasangan berkahwin mendapati, wanita melalui episod stres yang tinggi berbanding lelaki.

Bercerita mengenai punca masalah yang semakin meningkat itu katanya, desakan hidup dan persekitaran sebenarnya menjadi penyebab utama.
Kebanyakan wanita pada peringkat umur 35 hingga 45 tahun mengalami emosi yang stabil kerana ramai yang mula bijak menguruskan kewangan sementara anak-anak pula sudah membesar. Berbeza dengan wanita yang baru mendirikan rumah tangga atau mempunyai anak, mereka belum bijak menguruskan hal rumah dan kerja. Bagi wanita yang berumur 45 tahun ke atas, mereka pula berhadapan dengan perubahan hormon akibat menopaus.
Pendek kata wanita dwi kerjaya berhadapan dengan pelbagai cabaran iaitu penjagaan anak-anak, menjaga ibu bapa, beban kerja rumah, masalah dalam perkahwinan dan prestasi kerja.

Namun seandainya seseorang bijak melalui setiap stres yang dialami, mereka mampu menjalani hidup dengan lebih berkualiti.

Pengurusan stres di pejabat

Justeru itu, setiap organisasi perlu ada pengurusan stres di tempat kerja agar tidak menganggu produktiviti pekerja.
"Kita lihat banyak kejayaan menerusi perlaksanaan pengurusan kerja di pejabat. Kajian syarikat McDonnel Douglas pada tahun 1989 menunjukkan pengurusan stres di pejabat menurunkan 35 peratus kos penjagaan kesihatan pekerja. Pada tahun 1995, Perkhidmatan Salah Tingkahlaku dan Kesihatan Mental mendapati pengurusan stres di tempat kerja telah menurunkan 35 peratus masalah stres pekerja dan meningkatkan produktiviti sebanyak 14 peratus," ujarnya.

Mengulas lanjut tentang pengurusan ini, setiap organisasi perlu merujuk pekerja yang stres kepada pakar psikiatri, psikologi atau kaunselor.